Berita Hotel

KPDN Johor rekod nilai kompaun RM676,000

Nov 26, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Lilis Saslinda Pornomo

JOHOR BAHRU,26 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah merekod kompaun berjumlah RM676,000 sehingga 24 November lalu menerusi penguatkuasaan dua akta utama.

Daripada jumlah itu,RM561,000 melibatkan 1,671 kes mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,manakala RM115,000 melibatkan 442 kes bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

Pengarah KPDN Johor,Lilis Saslinda Pornomo,berkata,kesalahan paling kerap dikesan ialah kegagalan mempamerkan tanda harga jelas serta paparan harga mengelirukan.

"Biasanya,kesalahan yang berlaku adalah kegagalan meletakkan tanda harga dengan jelas atau mempamerkan harga yang mengelirukan.

"Sebab itu kita tekankan perkara ini apabila pengguna mengetahui harga sebenar,mereka tidak akan berasa tertipu. Jika harga dipamerkan dengan betul,pengguna bebas membuat pilihan sama ada mahu membeli atau pergi ke kedai lain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Pasar Patuh 3P Peringkat Negeri Johor di Pasar Awam Taman Perling di sini.