Berita Hotel

Datuk Fahmi sampaikan takziah atas pemergian wartawan Asry Shafii

Nov 26, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Allahyarham Asry Shafii

KUALA LUMPUR,26 November - Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil,merakamkan ucapan takziah atas pemergian wakil Astro AWANI di Perlis,Asry Shafii,awal pagi tadi.

Beliau menerusi hantaran Facebook turut mendoakan keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kesabaran.

"Baru semalam Allahyarham membuat liputan secara langsung dari Kedah mengenai operasi evakuasi rakyat Malaysia yang masih terperangkap akibat banjir di Hat Yai.

"Takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga serta sahabat handai Allahyarham. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah," menurut hantaran itu.