Berita Hotel

Eksport Malaysia capai paras tertinggi pada Oktober, E&E dan agrikultur jadi pemacu utama

Nov 21, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Prestasi perdagangan Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif apabila eksport negara mencatat paras tertinggi pada Oktober 2025/Foto hiasan/RTM

KUALA LUMPUR,20 November – Prestasi perdagangan Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif apabila eksport negara mencatat paras tertinggi pada Oktober 2025,didorong peningkatan ketara dalam sektor Elektrik dan Elektronik (E&E) serta komoditi pertanian terpilih.

Pensyarah Kanan Perdagangan Antarabangsa & Keusahawanan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Dr. Hamizah Abd Hamid berkata momentum semasa menunjukkan Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran eksport tahun 2025.

Bagaimanapun,beliau menegaskan permintaan global perlu kekal stabil dan pengeksport perlu berhati-hati terhadap risiko luar seperti perang tarif,turun naik mata wang serta faktor lain yang sukar dikawal.

Beliau menjangkakan pemacu utama eksport akan lebih ketara menjelang April 2026.

“Dua bidang utama iaitu elektrik dan elektronik bagi industri serta pengguna,selain sektor agrikultur melalui pelbagai saluran pengeksportan,khususnya e-dagang,menjadi pemacu utama pertumbuhan eksport. Ia turut menambah nilai signifikan kepada pasaran utama Malaysia termasuk China,negara-negara ASEAN,Kesatuan Eropah dan Taiwan,” katanya kepada RTM.

Dr. Hamizah turut menekankan keperluan kerajaan memperkukuh sokongan dasar bagi memastikan daya saing eksport,khususnya dalam sektor E&E dan industri berteknologi tinggi.

“Untuk jangka pendek,kerajaan boleh menawarkan geran,pinjaman mudah dan sokongan lain bagi memastikan perjalanan pengeksportan berjalan lancar.

"Bagi jangka panjang pula,kerajaan boleh menggiatkan promosi pelaburan,menarik pelaburan berasaskan inovasi dan automasi,serta memperluas perjanjian perdagangan atau kerjasama G2G supaya pengeksport sentiasa mempunyai pasaran stabil untuk ditujui,” katanya.