Berita Hotel

Enam penghuni sehelai sepinggang rumah musnah terbakar di Limbang

Nov 21, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Rumah Kampung Buang Abai musnah terbakar

LIMBANG,21 November – Enam penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Buang Abai,pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang digerakkan ke lokasi kejadian,kira-kira 14 kilometer dari balai.

"Pasukan menerima panggilan kecemasan diterima pada 9.56 pagi tadi.

"Pasukan operasi berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya dan mengesahkan tiada penghuni cedera dalam insiden berkenaan.

Operasi ditamatkan pada 11 pagi.