Berita Hotel

Banjir kilat jejaskan 30 kediaman di Taman Serai Wangi 3 dan 4

Nov 7, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto APM

KULIM,7 November -Kira-kira 30 buah rumah di Taman Serai Wangi 3 dan 4,Padang Serai,dekat sini,terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat selama dua jam pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim,Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad dalam kenyataan berkata,pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian banjir kilat itu pada pukul 8.00 pagi tadi.

"Katanya sepasukan empat anggota APM Kulim melakukan pemantauan di lokasi mendapati,paras air setinggi 0.5 meter di kawasan jalan namun tiada rumah yang dimasuki air cuma membabitkan kawasan halaman rumah," katanya menerusi kenyataan itu.

Hasil pemeriksaan sistem saliran air sempit dan lambat masuk ke sungai namun sungai masih mampu menampung kemasukan air.