Berita Hotel

Nelayan ditemukan lemas terbelit pukat

Nov 5, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto RTM

KUCHING,5 November - Seorang nelayan ditemukan lemas selepas terbelit pukat sendiri di Sungai Temenggong,Matang,di sini pada Selasa.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya,Mohd Adib Ibrahim,mangsa,Zailani Jenis,61 tahun dikatakan tidak pulang ke rumah sejak keluar memukat di sungai terbabit Isnin lepas.

Susulan itu,usaha mengesan mangsa telah digerakkan penduduk kampung sejak petang Isnin,namun ditangguhkan kerana keadaan gelap.

Mayat mangsa bagaimanapun ditemukan terapung kira-kira pukul 8.53 malam tadi.

Tiada unsur serangan haiwan liar ke atas badan mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.