Berita Hotel

BUDI95: :Penggunaan RON95 bagi Oktober lebih rendah daripada had kelayakan

Nov 3, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR,1 November -Penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bawah kategori persendirian mencatat penggunaan sebanyak 98.2 liter sebulan bagi tempoh Oktober 2025,lebih rendah daripada had kelayakan bulanan 300 liter yang ditetapkan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan,setakat 26 Oktober lepas,kurang daripada 0.7 peratus jumlah penerima BUDI95 telah menggunakan sepenuhnya kelayakan bulanan sebelum akhir bulan.

Mengikut perincian penggunaan,hanya 0.6 peratus pengguna persendirian menggunakan sepenuhnya kelayakan bulanan sebanyak 300 liter.

Manakala,hanya 0.3 peratus daripada pengguna bot berdaftar tanpa lesen memandu telah menggunakan sepenuhnya kelayakan bulanan tersebut.

Sebagai komitmen untuk memperkukuh pelaksanaan BUDI95,penambahbaikan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa termasuk semakan terhadap had kelayakan tambahan bagi pemandu e-hailing supaya lebih saksama dan menyeluruh.

''Kementerian Kewangan turut mengenal pasti beberapa corak penggunaan luar biasa,termasuk penerima yang menghabiskan keseluruhan had bulanan dalam tempoh singkat dan berulang kali membeli petrol di stesen berhampiran sempadan negara.

''Sehubungan itu,Kerajaan MADANI melalui MoF dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkukuh pemantauan di stesen minyak serta dalam kalangan pengguna,bagi memastikan manfaat BUDI95 tidak diselewengkan,'' menurut kenyataan itu.

Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penyelewengan atau penjualan semula petrol bersubsidi kepada pihak yang tidak berkelayakan.

Tindakan tegas bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 akan diambil terhadap pihak terlibat.