Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi BNM

Oct 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,11 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depandisokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) yangmenyerap lebihan mudah tunaidarisistem kewangan.

Minggu ini,bank pusat memasuki pasaransetiap hari melalui operasi repo berbalik,repo berbalik Islamdan tender Murabahah semalaman bagimengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas mingguan,lebihan mudah tunaidalam sistem konvensional meningkat kepada RM29.09 bilion daripada RM27.30 bilion pada Jumaat minggu lepasmanakalalebihan mudah tunai dalam sistem Islam menyusutkepada RM19.89 bilion daripada RM25.70 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 9 Okt,2025. -BERNAMA