PM terima kunjungan hormat Vijitha Herath

Jul 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA,10 Julai - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri,Pekerjaan Luar Negara dan Pelancongan Sri Lanka,Vijitha Herath.

Anwar menyatakan penghargaan terhadap sumbangan berterusan Sri Lanka dalam membentuk masa depan rantau yang lebih inklusif,aman dan sejahtera yang menyumbang kestabilan dan pembangunan serantau serta memberi manfaat kepada kedua negara.

"Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Sri Lanka demi mencapai kemajuan bersama,bukan sahaja untuk rakyat kedua-dua negara,malah untuk memperkukuh komuniti ASEAN yang lebih bersatu,makmur dan berdaya tahan," jelas beliau dalam satu hantaran di Facebook,hari ini.

Vijitha Herath hadir ke Malaysia bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama dua hala yang merangkumi bidang perdagangan,pelancongan,pendidikan,serta tenaga kerja mahir.