Hanyut bersama kereta, wanita dikhuatiri lemas

Jun 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Wanita dikhuatiri lemas selepas hanyut bersama kereta ketika sedang menemani suaminya memancing di Sungai Triang,Bera - JBPM Pahang

BERA,9 Jun - Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas hanyut bersama kereta ketika sedang menemani suaminya memancing di Sungai Triang,di sini hari ini.

Sementara bayinya yang berusia 13 bulan sempat diselamatkan oleh suaminya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,Mohd Salahuddin Isa berkata,pihaknya dihubungi orang awam memaklumkan mengenai kejadian pada pukul 1.58 tengah hari.

Mangsa cuba keluar menyelamatkan diri tetapi dihayutkan arus deras - JBPM Pahang

Menurutnya,berdasarkan maklumat awal yang diterima,Sakirah Akop,31,bersama suami,Abdul Wahid Randa dan anak mereka,Aleesya Humairah mengikuti aktiviti memancing di sungai berkenaan.

Mangsa bersama anak berada dalam kereta sebelum kenderaan itu dipercayai bergerak secara tiba-tiba ke dalam sungai.

Seramai 11 pegawai dan anggota bomba bersama 35 anggota tentera menjalankan operasi SAR - JBPM Pahang

Suami mangsa yang juga anggota tentera sempat menyelamatkan anak mereka,manakala isterinya cuba menyelamatkan diri tetapi dihayutkan arus deras.

Seramai 11 pegawai dan anggota bomba bersama 35 anggota tentera hadir dilokasi bagi operasi mencari dan menyelamat sejauh 12 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.###