JPJ Kedah keluarkan 70 saman dalam operasi sempena cuti Hari Wesak

May 13, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto JPJ Kedah

KULIM,13 Mei - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah telah mengeluarkan sebanyak 70 notis saman atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu sempena cuti umum Hari Wesak yang dijalankan di Plaza Tol Lunas,di sini,semalam.

Menurut kenyataan rasmi JPJ,operasi yang dijalankan bermula pukul 12.00 tengah malam hingga 9.00 pagi itu memfokuskan penguatkuasaan terhadap penunggang motosikal serta kenderaan perkhidmatan barangan (KPB),menerusi dua pendekatan iaitu Op Motosikal dan Op KPB.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuk nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi,lampu tidak berfungsi,tiada cermin sisi serta tiada lesen memandu yang sah,” menurut kenyataan itu.

JPJ turut menegaskan pihaknya akan terus melaksanakan tindakan tegas dan berterusan terhadap pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan demi memastikan keselamatan semua pihak di jalan raya sentiasa terpelihara.