Berita Hotel

MAIPs pemangkin pembangunan komuniti Islam

Apr 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Hiasan / RTM

KANGAR,11 April – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bukan sekadar bertindak sebagai pentadbir hal ehwal agama Islam,malah memainkan peranan penting sebagai pemangkin dalam pembangunan komuniti Islam,khususnya dalam membantu golongan asnaf keluar daripada kitaran kemiskinan.

Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Islam menganjurkan keseimbangan dalam kehidupan manusia yang merangkumi aspek rohani,pendidikan dan ekonomi.

“Justeru,tanggungjawab MAIPs bukan hanya terbatas kepada penyampaian bantuan kewangan kepada asnaf,tetapi juga merangkumi perancangan dan pelaksanaan program-program jangka panjang yang dapat memperkasakan mereka untuk berdikari serta keluar daripada kemelut kemiskinan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika mempengerusikan Persidangan MAIPs Sidang Kedua bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis,Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM),di sini.

Tuanku Syed Faizuddin turut menzahirkan penghargaan terhadap inisiatif dan komitmen tinggi yang ditunjukkan MAIPs dalam memperkenalkan pelbagai program pembangunan modal insan,keusahawanan serta latihan kemahiran yang menyasarkan golongan asnaf dan berpendapatan sederhana di negeri ini.

Menurut baginda,pelaksanaan program-program tersebut bukan sahaja memberi manfaat terus kepada penerima zakat,malah berupaya menjana pertumbuhan ekonomi negeri serta memperkukuhkan institusi keluarga dan masyarakat secara menyeluruh.