Berita Hotel

Sultan Selangor sumbang RM281,000 kepada 562 asnaf

Mar 19, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya berjumlah RM281,000 kepada 562 asnaf di Hulu Langat

KAJANG,18 Mac- Sultan Selangor,000 kepada 562 asnaf di Hulu Langat.

Turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan ialah Tengku Permaisuri Selangor,Tengku PermaisuriNorashikin.

Sumbangan berkenaan diberikan kepada 201 asnaf fakir,280 asnaf miskin,dan 81 mualaf.

Pada majlis yang sama,baginda turut merasmikan Masjid Bandar Teknologi Kajang,yang siap dibina pada 2023 dengan kos RM12.5 juta.

Masjid seluas tujuh ekar itu mampu menampung sehingga 2,300 jemaah.

Sultan Sharafuddin kemudian berkenan mendengar ceramah sempena Nuzul al-Quran sebelum menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih bersama asnaf serta penduduk setempat.