Berita Hotel

PM Anwar hadir Program Ihya' Ramadan bersama warga KPT

Mar 17, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Bernama

PUTRAJAYA,17 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Ihya' Ramadan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU),Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung di sini,hari ini.

Program tersebut sebagai wadah Perdana Menteri beramahmesra bersama warga KPT serta mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian.

Beliau menunaikan solat fardhu Zohor bersama lebih 300 jemaah termasuk warga kementerian,agensi bawah KPT serta para pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Sebelum itu,beliau bersama jemaah menghayati ceramah yang bertajuk 'Maqasid Al-Quran dan Masyarakat MADANI' disampaikan oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Terdahulu,Perdana Menteri bertemu dengan pengurusan tertinggi KPT untuk membincangkan pelbagai perkara berhubung pemantapan tatakelola,inisiatif reformasi dan pencapaian utama kementerian.