KPM nafi isu duka lara guru selesai, permohonan pertukaran perlu ikut proses

Jan 22, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bahawa isu duka lara guru telah diselesaikan seperti yang tular di media sosial / Foto Hiasan / Bernama

KUALA NERUS,22 Januari – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bahawa isu duka lara guru telah diselesaikan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek menegaskan semua permohonan pertukaran guru mesti melalui proses yang ditetapkan,dengan keutamaan diberikan berdasarkan keperluan pendidikan dan kebajikan guru.

“Tidak betul. Semua permohonan mesti mengikuti proses. Keutamaan kami adalah keperluan pendidikan tanpa menjejaskan proses pembelajaran dan mengambil kira keseluruhan ekosistem pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ramah mesra bersama warga Institut Pengurusan Guru Malaysia (IPGM) Datuk Razali Ismail,di sini.

Tambah Fadhlina,keutamaan juga diberikan kepada isu pasangan jarak jauh,keselamatan,kesihatan,dan kebajikan guru secara menyeluruh.