Berita Hotel

Gencatan senjata Gaza buka harapan keamanan - Menteri Agama

Jan 17, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FACEBOOK Dato' Setia Dr. Naim

KUALA LUMPUR,17 Januari- Gencatan senjata di Gaza yang dijadual berkuat kuasa pada Ahad ini membuka harapan ke arah keamanan dan pemulihan Palestin selepas konflik yang berpanjangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menyifatkan pengumuman itu sebagai perkembangan positif dan amat dialu-alukan pelbagai pihak.

Dalam kenyataan hari ini,beliau menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan bahawa gencatan senjata tersebut perlu menjadi batu loncatan ke arah penubuhan negara Palestin yang berdaya maju,berdaulat dan merdeka.

"Sesungguhnya,mangsa-mangsa di Palestin telah melalui konflik ini dengan penuh kesengsaraan dan penderitaan. Mereka memerlukan sokongan daripada masyarakat dunia untuk membina semula kehidupan mereka," katanya.

Beliau turut menyeru umat Islam untuk terus menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin sebagai tanda kesatuan hati dan jiwa.

"Marilah bersama-sama kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala agar masyarakat di Palestin terus diberikan keafiatan dan kesejahteraan," katanya.

BERITA BERKAITAN

Perkembangan positif,PM Anwar sambut baik perjanjian gencatan senjata Gaza

73 terbunuh,ratusan cedera selepas pengumuman gencatan senjata

Malaysia perlu manfaatkan peluang gencatan senjata di Gaza - Penganalisis

Gencatan senjata Gaza,kemenangan untuk Palestin - Pasukan Pengawal Revolusi Iran

Pertukaran tahanan antara butiran penting gencatan senjata Gaza

Fasa pertama gencatan senjata bebaskan 33 tebusan Israel - Sumber