Berita Hotel

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini

Jan 13, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,13 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka melanda enam daerah di Johor sepanjang hari ini.

"Berdasarkan amaran tahap waspada yang dikeluarkan pada 8.30 pagi ini,kawasan terlibat ialah Kluang,Mersing,Pontian,Kulai,Kota Tinggi dan Johor Bahru," menurut MetMalaysia.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia,aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.