Berita Hotel

Pemukiman Jemaah Menteri diadakan tidak lama lagi

Jan 3, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PUTRAJAYA,3 Januari- Sesi pemukiman Jemaah Menteri bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurut Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,ia bagi memberi ruang memperbetul kelemahan,selain meningkatkan prestasi kementerian masing-masing.

"Kita dalam beberapa minggu ini akan mulakan dengan retreat (pemukiman) Jemaah Menteri,dan retreat itu bukan biasa untuk mencatat ini kejayaan masing-masing... Tidak.

"Untuk menyatakan bahawa ada ruang yang harus diperbaiki,ada kelemahan-kelemahan yang harus dibetulkan,dan ada tahap kesungguhan yang harus kita tingkatkan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Tambah beliau,sesi pemukimam turut harus dilakukan oleh setiap jabatan membabitkan Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah selain semua intipati hingga ke peringkat golongan pelaksana.