Berita Hotel

Raja Permaisuri Agong berkenan sumbang RM30,000 kepada Hospital Orang Asli Gombak

Jul 23, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan replika cek sumbangan bernilai RM30,000 yang diserahkan kepada Pengarah Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) Dr Izandis Mohamad Sayed (kanan) ketika melawat HOAG / BERNAMA

GOMBAK,23 Julai- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyumbangkan RM30,000 kepada Hospital Orang Asli Gombak (HOAG).

Ia sebagai tanda prihatin Seri Paduka Baginda bagi membantu pengurusan hospital berkenaan.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengarah HOAG,Dr Izandis Mohamad Sayed semasa lawatan baginda ke hospital tersebut hari ini.

Kunjungan Raja Permaisuri Agong ke Hospital Orang Asli Gombak adalah sebahagian daripada program yang diatur sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Keberangkatan tiba Raja Zarith Sofiah pada pukul 9.50 pagi disambut isteri Perdana Menteri,Datuk Seri Wan Azizah,isteri Menteri Besar Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad,Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad serta kakitangan hospital.

Turut mengiringi,Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17,Fahmi Fadzil.

Pada lawatan itu,Raja Permaisuri Agong dipersembahkan dengan penerangan berkenaan pengoperasian hospital tersebut.

Seri Paduka Baginda juga dipersembahkan dengan Tarian Sidud iaitu tarian suku kaum Mah Meri oleh Kumpulan Main Jo’oh Tompoq Topoh dari Kampung Orang Asli Sungai Bumbun,Pulau Carey,Selangor sebelum berkenan meluangkan masa setengah jam melawat pesakit di wad HOAG sebelum berangkat balik.