Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,2 Julai - Kerajaan tidak bimbang dengan penurunan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang direkod tahun lalu berikutan nilai keseluruhan pelaburan diterima negara sudah mencatatkan peningkatan.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini antara lain disokong dan diimbangi oleh aliran masuk pelaburan domestik yang kukuh.
"FDI memang menurun pada 2023,tetapi pelaburan keseluruhannya itu tertinggi kerana membabitkan peningkatan mendadak pelaburan domestik. Sebab itu,kita tidak bimbang terutama melihat kepada angka suku pertama 2024,yang mana pelaburan asing meningkat," katanya.
Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat,di sini.
Dalam pada itu,Anwar berkata sebanyak RM4 bilion telah diluluskan bagi memenuhi keperluan sumber bekalan air di Utara Perak dan Pulau Pinang.
"Kedah ada memaklumkan kesediaan untuk membantu tetapi jumlahnya terlalu kecil,tetapi keperluan di Perak,Utara Perak khususnya iaitudi Kerian,Larut Matang,Selama Perak dan keperluan Projek pembangunan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) mencecah 300 juta liter sehari.
"Sekiranya diberikan suntikan dana untuk mengurus sungai itu dengan lebih berkesan kapasitinya boleh memenuhi sebahagian besar keperluan Pulau Pinang sebanyak 700 juta liter sehari," katanya.
Tambah Anwar,projek pemuliharaan Sungai Perak dan pembekalan air terawat ke Pulau Pinang akan dimulakan tahun ini.##