
Foto RTM
KUALA LUMPUR,2 November – Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus berusaha mendapatkan peruntukan khusus bagi memperluas akses rawatan menggunakan ubat GLP-1 seperti Ozempic dan Mounjaro,terutama bagi pesakit obesiti dan diabetes yang memerlukan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Datuk Seri Dr Dzulkefly menegaskan,pengurusan obesiti tidak boleh bergantung pada penggunaan ubat-ubatan semata-mata,sebaliknya memerlukan pendekatan menyeluruh yang disesuaikan dengan keadaan kesihatan setiap pesakit.
Pendekatan itu merangkumi perubahan gaya hidup,amalan pemakanan sihat,aktiviti fizikal,terapi penggantian makanan serta pembedahan bariatrik bagi pesakit yang memenuhi indikasi klinikal.
Dalam pada itu,KKM melaksanakan program Multidisciplinary Integrated Management of Obesity (MIMO) di 33 klinik kesihatan dengan sokongan pakar di 13 hospital bagi memastikan pengurusan obesiti dilaksanakan secara lebih menyeluruh.