
Foto hiasan janaan AI
ARIZONA,2 November – Paras air Sungai Granite Creek di Prescort meningkat hingga 11 kaki pada awal Ahad,menyebabkan kawasan taman dan perumahan di Yavapai County dilanda banjir.
RINGKASAN BERITA AI
−
Manakala,hujan lebat antara satu hingga dua inci sejam turut menyumbang kepada kejadian banjir kilat di Yavapai County.
Hujan dijangka berterusan dan amaran banjir kekal berkuat kuasa sehingga pukul 5 pagi waktu tempatan pada Isnin,2 November.
Hujan lebat menyebabkan banjir kilat melanda kawasan taman dan perumahan di Prescott,Arizona,pada Jumaat,selepas paras air sungai meningkat hingga mencetuskan amaran banjir berbahaya di beberapa kawasan di Yavapai County.
Rakaman di lokasi menunjukkan air deras melimpah ke kawasan taman serta membanjiri kawasan perumahan. Beberapa laluan turut ditutup kepada orang ramai berikutan keadaan banjir yang semakin buruk.-VIORY