
Foto AFP
TEHRAN,2 November – Iran memberi amaran bahawa sebarang perang baharu dengan Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan akan berlarutan lebih lama berbanding konflik sebelum ini,kata Jurucakap tentera Iran,Mohammad Akraminia.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kumpulan bersenjata yang mempunyai hubungan dengan Iran turut menyertai pertempuran di Lubnan dan Yaman.
Dalam perkembangan berkaitan,jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC),Hossein Mohebbi,mengulangi amaran bahawa sebarang konflik dengan AS tidak akan terbatas kepada kawasan kawasan atau wilayah tertentu.
“Dalam konflik dengan Amerika,tiada batasan geografi; satu medan operasi yang luas telah ditetapkan untuk memberikan kerosakan kepada musuh,” katanya menurut televisyen negara.
Pemimpin Tertinggi Iran,Mojtaba Khamenei,turut mengeluarkan amaran sama menerusi mesej bertulis sehari sebelum itu.
Menteri Luar Iran,Abbas Araghchi,pula berkata Tehran berharap AS dan Israel akan bertindak secara rasional dan memilih jalan diplomasi,sambil menegaskan Iran bersedia menghadapi kedua-dua kemungkinan,iaitu perang dan rundingan.
Amaran itu dikeluarkan selepas ketua keselamatan Iran,Mohsen Rezaei,mendedahkan pada Sabtu bahawa beliau menerima surat daripada Naib Presiden AS,JD Vance,yang bertujuan menghidupkan semula rundingan.
Rezaei menyifatkan perubahan nada pihak AS sebagai perkembangan positif,namun berkata beliau masih belum memberikan maklum balas.
Beliau berkata Tehran sebelum ini memaklumkan Washington bahawa Selat Hormuz tidak akan dibuka semula dan rundingan tidak akan diadakan selagi tuntutan Iran tidak dipenuhi.
Antara tuntutan itu termasuk pembekuan aset Iran di luar negara ditarik balik,sekatan tentera laut AS terhadap pelabuhan Iran ditamatkan,selain sekatan sedia ada dimansuhkan serta perang di semua medan dihentikan.
Sejak konflik bermula,Iran mendakwa menguasai Selat Hormuz,laluan penting bagi perdagangan tenaga global,dan berulang kali menyasarkan kapal yang cuba melaluinya tanpa kebenaran Tehran.
AS pula mengenakan sekatan balas menggunakan tentera laut terhadap pelabuhan Iran. – AFP.