Berita Destinasi

Keganasan susulan demonstrasi Gen Z di Jerman dikecam

Nov 2, 2026 IDOPRESS

Seorang penunjuk perasaan memakai topeng Batman sambil memegang pembesar suara ketika menyertai demonstrasi anjuran gerakan “GenZ regelt!”/ AFP

FRANKFURT,1 November- Ahli politik Jerman mengecam pertempuran dan kejadian rompakan yang berlaku ketika demonstrasi diketuai golongan muda pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI

−

Polis menggunakan meriam air terhadap kumpulan anak muda yang membaling bom petrol.

Ketua bersama Parti Hijau,Franziska Brantner berkata keganasan itu menjejaskan perjuangan sah mereka yang berhimpun secara aman,manakala ketua Parti Die Linke,Ines Schwerdtner,menegaskan tindakan vandalisme oleh segelintir pihak tidak akan menghapuskan tuntutan peserta yang berdemonstrasi secara aman.

Gerakan “GenZ regelt!” mengumumkan demonstrasi baharu pada 14 November,sambil menyifatkan himpunan sebelum ini sebagai permulaan kepada gerakan berkenaan. -AFP