Berita Destinasi

Persiapan banjir perlu dilaksanakan di semua kawasan

Oct 30, 2026 IDOPRESS

Datuk Meor Ismail Meor Akim

PUCHONG,30 Oktober – Persiapan menghadapi banjir perlu dilaksanakan di semua kawasan termasuk lokasi yang tidak pernah atau jarang dilanda banjir.

RINGKASAN BERITA AI

−

Dalam pada itu,beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik bagi menghadapi MTL.

“Untuk rakyat,kita insya-Allah beli makanan dan minuman mengikut keperluan. Tak perlu buat pembelian panik. Buat persiapan biasa dan beli sekadar yang perlu,” katanya lagi.

Semua agensi berkaitan tidak mengambil mudah persiapan di kawasan berkenaan dan memastikan tindakan awal dapat dilaksanakan sekiranya berlaku bencana.

Orang ramai turut dinasihatkan menyimpan dokumen serta barangan penting di tempat lebih tinggi,selain membuat persediaan awal bagi ahli keluarga yang memerlukan perhatian khusus seperti warga emas,orang kurang upaya (OKU),kanak-kanak dan wanita hamil.

Pemindahan awal juga wajar dilakukan sekiranya terdapat amaran cuaca yang menunjukkan risiko banjir bagi mengelakkan kesukaran operasi menyelamat apabila kawasan mula dinaiki air.