
HAMILTON,30 Oktober – Perdana Menteri Kanada Mark Carney pada Khamis melancarkan “The Plan for a Stronger Canada”,strategi keselamatan negara pertama negara itu dalam tempoh lebih dua dekad,menurut kenyataan pejabatnya,lapor Anadolu Ajansi (AA).
RINGKASAN BERITA AI
−
Kanada juga berikrar memperkukuh keupayaan perisikan negara secara bebas,mempererat kerjasama perisikan dengan rakan antarabangsa serta mengemas kini peruntukan undang-undang berkaitan “sambil melindungi hak rakyat Kanada”.
“Dalam dunia yang berubah dengan pantas,semakin berbahaya dan semakin berpecah-belah,Kanada mesti mempunyai keupayaan untuk mempertahankan kedaulatan,daya tahan menghadapi ancaman baharu serta keazaman menentukan masa depan sendiri,” kata Carney.
Menteri Pertahanan David McGuinty berkata strategi itu bertujuan membina Kanada yang “mampu berdikari,bertindak dengan yakin serta kekal sebagai sekutu dan rakan kerjasama yang berkeupayaan serta boleh dipercayai”.
Sementara itu,Menteri Luar Anita Anand berkata keselamatan dan kemakmuran Kanada “semakin dipengaruhi oleh perkembangan di luar sempadan negara”.- BERNAMA-ANADOLU