Berita Destinasi

SST, kos logistik mempengaruhi harga sawit Sabah

Oct 29, 2026 IDOPRESS

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR,29 Oktober – Cukai Jualan Negeri (SST) sebanyak 7.5 peratus ke atas minyak sawit mentah (CPO) serta kos pengangkutan yang lebih tinggi antara faktor mempengaruhi harga belian buah sawit di Sabah berbanding Semenanjung.

RINGKASAN BERITA AI

−

Katanya,dalam usaha meningkatkan ketelusan penetapan harga,Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyediakan formula harga rujukan harian TBS sebagai panduan kepada industri.

Peniaga buah sawit dan pengilang juga diwajibkan mempamerkan harga belian harian berdasarkan satu peratus OER di premis masing-masing bagi mengelakkan manipulasi harga.

Selain itu,MPOB bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi memastikan alat timbangan di kilang serta pusat belian disahkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

Bagaimanapun,kementerian tidak mempunyai kuasa mengubah kadar Cukai Jualan Negeri (SST) di Sabah kerana perkara itu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.