
Sidang media pengumuman pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2026/Foto Facebook Armizan Mohd Ali
KUALA LUMPUR,29 Oktober – Lesen barang kawalan berjadual (CSA) sebuah stesen minyak di Nibong Tebal,Pulau Pinang,berisiko digantung atau dibatalkan sekiranya pemiliknya didapati bersalah menyalahgunakan subsidi petrol di bawah program BUDI MADANI.
RINGKASAN BERITA AI
−
Datuk Armizan menegaskan KPDN tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penyelewengan subsidi kerana perbuatan itu bukan sahaja membabitkan implikasi kewangan yang besar,malah menjejaskan usaha kerajaan memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang layak.
Semalam,kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan tindakan telah diambil terhadap stesen minyak berkenaan susulan aduan beberapa penerima BUDI MADANI yang mendakwa maklumat MyKad mereka digunakan tanpa pengetahuan bagi pembelian petrol bersubsidi.
“Semakan MOF terhadap rekod transaksi stesen minyak itu mendapati lebih 1,000 transaksi direkodkan menggunakan kaedah pintasan manual,membabitkan jumlah petrol melebihi 100,000 liter.
“Transaksi berkenaan turut melibatkan nilai subsidi kerajaan melebihi RM270,000.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta menentukan pihak yang bertanggungjawab,” jelas MOF.