
Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek/Foto JaPen
KUALA LUMPUR,29 Oktober – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan asas kecerdasan buatan (AI) menerusi mata pelajaran Teknologi Digital dalam Kurikulum Persekolahan 2027 di sekolah rendah dan sekolah menengah.
RINGKASAN BERITA AI
−
Fadhlina berkata seramai 329,414 guru telah menerima latihan berkaitan AI.
Manakala lebih 1.5 juta murid telah mendapat pendedahan awal terhadap teknologi berkenaan.
Tambah beliau,panduan literasi AI KPM yang berkuat kuasa sejak 8 Mei 2024 lalu juga menekankan penggunaan AI secara kritis,selamat dan beretika.
“Dan panduan ini juga telah menekankan bahawa tanggungjawab termasuk ibu bapa,pentadbir,guru,malah anak-anak,dan komuniti bagi memastikan bahawa AI ini dipastikan dari segi penggunaannya digunakan dengan selamat,” katanya.