
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
KUALA LUMPUR,28 Oktober –Lebih 291,000 pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip di seluruh negara telah menerima kelayakan tambahan 100 liter bawah inisiatif BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) setakat 27 Oktober lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bentong,Young Syefura Othman mengenai status permohonan kuota tambahan dan inisiatif sokongan kerajaan kepada pengusaha ladang serta peniaga kecil di Dewan Rakyat.
Mengulas langkah sokongan lain,Datuk Seri Amir Hamzah berkata kerajaan turut memperluas Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan pikap dan jip milik syarikat perniagaan kecil dan pengurusan mikro.
Menerusinya,sebanyak 7,200 kenderaan persendirian syarikat telah berjaya memperoleh kelayakan diesel bersubsidi di bawah sistem berkenaan setakat 26 Oktober.
“Bagi menangani isu pemilikan tidak langsung,kerajaan turut menambah baik mekanisme BUDI Diesel bermula 16 September lalu dengan membenarkan pemindahan kuota subsidi kepada pemandu atau pengguna sebenar kenderaan.
“Kemudahan pemindahan ini membolehkan pemilik berdaftar memindahkan kuota kepada warganegara lain yang merupakan pengguna sebenar kenderaan tersebut,dengan had sehingga tiga individu bagi pemilik yang mempunyai lebih daripada sebuah kenderaan diesel.
“Inisiatif ini penting bagi menyelesaikan isu yang kerap berlaku di pedalaman seperti penggunaan kenderaan milik ahli keluarga,pekerja,serta amalan kenderaan sambung bayar,” jelas beliau.
Sehingga 27 Oktober,hampir 21,700 permohonan pemindahan kelayakan telah berjaya diproses,dengan 21 peratus daripadanya melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.