Berita Destinasi

Norway lapor serangan siber meningkat tiga kali ganda

Oct 28, 2026 IDOPRESS

Gambar Hiasan / RTM

OSLO,28 Oktober – Agensi keselamatan siber Norway (NSM) melaporkan peningkatan tiga kali ganda dalam jumlah serangan siber yang berjaya menyasarkan organisasi di negara itu sepanjang tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI

−

Laporan berkenaan dikeluarkan susulan amaran beberapa negara Eropah yang mendakwa Rusia berada di sebalik kempen peperangan hibrid yang semakin meningkat,termasuk serangan siber berkaitan perang di Ukraine.

Bagaimanapun,NSM,atau Pihak Berkuasa Keselamatan Negara Norway,tidak mengenal pasti mana-mana pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Antara insiden yang dilaporkan ialah serangan siber terhadap sebuah majlis perbandaran di Lørenskog,kawasan pinggir bandar Oslo,pada musim bunga lalu,yang mengakibatkan sejumlah besar data dicuri dan kemudiannya ditawarkan untuk dijual di laman web gelap (dark web).

Haugstoyl turut memberi amaran bahawa kecerdasan buatan (AI) menyediakan alat baharu yang berkuasa kepada penjenayah siber untuk melaksanakan serangan sedemikian.

“Penggunaan AI membolehkan data dieksploitasi dan disalahgunakan secara lebih profesional,pada skala yang lebih besar serta dengan kaedah yang lebih meluas berbanding sebelum ini,” katanya lagi. -AFP