
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Aiman Athirah Sabu
KUALA LUMPUR,26 Oktober – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengeluarkan notis menghentikan serta-merta aktiviti hiburan yang melanggar peraturan dan mengganggu ketenteraman awam,termasuk aktiviti karaoke di inap desa serta acara terbuka.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuantan,Wan Razali Wan Nor mengenai keberkesanan penguatkuasaan yang dijalankan di luar waktu pejabat,khususnya terhadap aktiviti karaoke di inap desa dan acara terbuka yang sering menimbulkan aduan.
Menurut Datuk Aiman Athirah,bagi aktiviti hiburan berhampiran hospital,sekolah dan kawasan perumahan,tindakan penguatkuasaan boleh diambil berdasarkan aduan serta peruntukan undang-undang sedia ada.
PBT juga boleh menyita peralatan,mengenakan kompaun atau mengambil tindakan terhadap lesen perniagaan sekiranya berlaku pelanggaran syarat.