Berita Destinasi

Zimbabwe gesa sekatan ditarik balik tanpa syarat

Oct 26, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

HARARE,25 Oktober – Presiden Zimbabwe Emmerson Mnangagwa pada Ahad mendesak agar sekatan yang dikenakan oleh negara-negara Barat ke atas Zimbabwe dihapuskan tanpa syarat dengan menegaskan bahawa tindakan berkenaan mengekang pembangunan ekonomi,lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau menyeru agar integrasi serantau ditingkatkan,sambil menyatakan SADC dan Pasaran Bersama bagi Afrika Timur dan Selatan menawarkan peluang untuk meningkatkan keterhubungan serantau serta memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan,industri,pertanian,tenaga dan infrastruktur.

Mnangagwa berkata Zimbabwe akan meluaskan rakan kongsi antarabangsa dan memperdalam integrasi serantau bagi memacu transformasi ekonomi,di samping meneruskan langkah diplomatik dan domestik untuk menarik balik sekatan serta meningkatkan daya saing industri.

Beliau turut menegaskan semula komitmen Zimbabwe terhadap kerjasama pelbagai hala,kerjasama antarabangsa dan penyelesaian konflik secara aman.

Amerika Syarikat meluluskan Akta Demokrasi dan Pemulihan Ekonomi Zimbabwe pada Disember 2001,yang mengehadkan sokongannya terhadap bantuan kewangan pelbagai hala kepada Zimbabwe.

Pada Mac 2024,bekas Presiden AS Joe Biden menandatangani perintah eksekutif menamatkan program sekatan Zimbabwe yang berkuat kuasa sejak 2003.

Bagaimanapun,beliau pada masa yang sama mengenakan sekatan ke atas 11 individu termasuk Mnangagwa dan Naib Presiden Constantino Chiwenga atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia dan rasuah di bawah Akta Akauntabiliti Hak Asasi Manusia Global Magnitsky. – BERNAMA-XINHUA