
Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,22 Oktober – Usaha memperkukuh kefahaman kenegaraan,jati diri nasional dan semangat kebersamaan perlu terus diperkasakan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook menegaskan,perkara itu penting,khususnya dalam kalangan belia sebagai pewaris kepimpinan negara.
“Usaha memperkukuh kefahaman kenegaraan,jati diri nasional dan semangat kebersamaan mesti terus diperkasa demi membina negara bangsa yang utuh,berteraskan sejarah,nilai dan cita-cita bersama,” menurut hantaran itu.
Kenyataan itu dimuat naik selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan bagi meneliti pelaksanaan dan perancangan program Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).