
Foto FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
KUANTAN,10 Oktober – Pembinaan Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Tanjung Kupang,Johor yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan penguatkuasaan maritim negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersempena Perbarisan Tamat Latihan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Kuantan yang melibatkan 49 pelatih Kursus Asas Leftenan Muda Maritim Siri 13/2025.
Menurut Datuk Mohd Rosli,peruntukan RM22 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri,termasuk RM7.1 bilion bagi pembelian dan penyelenggaraan aset angkatan tentera,polis serta badan beruniform turut mencerminkan perhatian terhadap keperluan agensi keselamatan negara.
Ia memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan keselamatan,kesejahteraan dan kedaulatan negara terus terpelihara.