Berita Destinasi

Nur Syakura johan qariah MTHQA ke-66

Oct 10, 2026 IDOPRESS

Foto Bernama

KUALA LUMPUR,10 Oktober– Qariah Malaysia,Nur Syakura Mohamad Musa,muncul Johan Tilawah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa Ke-66 dengan markah 91.83,sekali gus mengharumkan nama negara.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Alhamdulillah,selama 13 tahun belum ada yang johan kembali dan tahun ini bisa jadi johan,supaya bisa menjadi pelajaran untuk teman-teman di bawah kami agar lebih serius baca Quran,bukan hanya membaguskan suara,tapi tajwid juga harus diperhatikan,fasahah pun harus diperhatikan kerana bacaan itu satu kesatuan,”katanya.

Sementara itu,kategori Hafazan lelaki menyaksikan Ethishamul Hoque Hira,14,dari Bangladesh muncul Johan,diikuti Abdul Rahman Jamal Ibrahim dari Syria di tempat kedua,manakala wakil Malaysia,Muhammad Izzul Afnan Sazali,di tempat ketiga.

Bagi kategori Hafazan perempuan,Chafaatou Issoufuo,19,dari Niger meraih gelaran Johan,diikuti Minnah Ali Alsoudani Aghnayah dari Libya di tempat kedua dan Thein Gi Mon dari Myanmar di tempat ketiga.

Majlis penutupan MTHQA Ke-66 disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Zulkifli Hasan,hari ini.

Johan bagi setiap kategori Tilawah menerima wang tunai RM40,000,pakej umrah dan pelancongan bernilai RM10,set bar emas serta trofi.

Bagi kategori Hafazan pula,johan menerima wang tunai RM40,pakej umrah dan pelancongan bernilai RM5,set bar emas serta trofi.

Pemenang tempat kedua bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi,manakala tempat ketiga menerima RM20,000 serta trofi.

Peserta yang tidak memenangi sebarang kategori turut menerima hadiah saguhati RM3,000.