
Foto fail/AFP
RIO DE JANEIRO,10 Oktober -Seramai 13 kanak-kanak yang dijadikan tebusan di sebuah tadika berjaya diselamatkan,manakala suspek yang mengugut untuk membakar bangunan berkenaan ditembak mati oleh polis Brazil.
RINGKASAN BERITA AI
−
Suspek kemudian menyebarkan bahan mudah terbakar di dalam bilik berkenaan sambil memegang pemetik api.
Dia turut membawa sebilah pisau dan objek yang pada awalnya disangka senjata api,namun kemudian disahkan sebagai senjata tiruan.
Menurut Lopes Dias,rundingan dengan suspek berlangsung antara dua jam setengah hingga tiga jam.
Bagaimanapun,keadaan semakin tegang apabila kanak-kanak mula gelisah dan suspek bertindak memukul mereka.
Polis kemudian memutuskan untuk melancarkan tindakan taktikal bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.
Rakaman yang disiarkan stesen televisyen tempatan menunjukkan guru serta kakitangan sekolah membawa keluar kanak-kanak lain dari premis berkenaan.
Media tempatan melaporkan beberapa das tembakan dilepaskan dan bunyi yang dipercayai daripada bom kilat turut kedengaran.
Polis memaklumkan identiti suspek telah dikenal pasti dan beliau dilaporkan menghidap skizofrenia.
Bagaimanapun,motif kejadian serta kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan mana-mana individu di tadika itu masih belum diketahui.
Brazil sebelum ini turut berdepan beberapa insiden serangan di institusi pendidikan.
Pada April 2023,seorang lelaki membunuh empat kanak-kanak menggunakan kapak di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Blumenau,yang juga terletak di selatan negara itu. – AFP