Berita Destinasi

NUTP hargai peningkatan peruntukan pendidikan, kebajikan guru

Oct 10, 2026 IDOPRESS

Foto janaan AI

CYBERJAYA,10 Oktober – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menghargai peningkatan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dalam Belanjawan 2027.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Guru Sedunia yang menghimpunkan kira-kira 1,000 guru di sini,hari ini.

Mengulas kebajikan warga pendidik,Aminuddin turut menyokong kenaikan Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas kepada RM300 sebulan,yang disifatkan mampu membantu melancarkan proses pendidikan.

Dalam pada itu,beliau menegaskan kepentingan peruntukan bagi kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah demi menjamin keselamatan murid serta warga sekolah.

“Sebelum ini,pihak sekolah berdepan kesukaran mendapatkan peruntukan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi kerja-kerja pembaikan,bukan kerana pihak berkenaan tidak mahu membantu,tetapi disebabkan kekangan peruntukan.

“Dengan peningkatan peruntukan sebanyak sekali ganda ini,kita yakin pihak sekolah akan lebih mudah mendapatkan dana untuk membaik pulih kemudahan dan infrastruktur di sekolah masing-masing,” jelasnya.

Menerusi Belanjawan 2027,kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah.

Sementara itu,KPM menerima peruntukan hampir RM69 bilion,meningkat kira-kira RM2.8 bilion berbanding RM66.2 bilion pada tahun ini,sekali gus menjadikannya antara kementerian yang menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2027.