Berita Destinasi

Dua bas diserang di timur Ukraine, 30 terbunuh

Oct 9, 2026 IDOPRESS

Salah satu daripada dua bas yang terkena serangan Rusia di Kramatorsk,timur Ukraine,dengan mayat mangsa (foto kecil) bergelimpangan di atas jalan/ AFP

KYIV,9 Oktober- Ukraine pada Khamis mendakwa Rusia sengaja menyasarkan orang awam selepas 30 orang terbunuh apabila dua buah bas musnah dalam serangan di bandar Kramatorsk,antara serangan paling dahsyat dalam tempoh beberapa minggu.

RINGKASAN BERITA AI

−

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia,Volker Turk mengecam tindakan Rusia itu.

“Saya terkejut dengan gelombang serangan yang membunuh orang awam di seluruh Ukraine sejak empat hari lalu,termasuk serangan mengerikan hari ini yang mengenai dua bas awam.

“Skala dan cara serangan ini — membunuh dan mencederakan orang di dalam bas,rumah serta tempat kerja di beberapa kawasan negara — amat dikesali,” katanya.

Terdahulu,PBB mengesahkan lebih 17,000 kematian orang awam sejak konflik bermula,namun jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi. -AFP