Berita Destinasi

Myanmar tanggung kos penghantaran pulang warganya – PM

Oct 8, 2026 IDOPRESS

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,8 Oktober– Myanmar bersedia menerima semula rakyatnya yang dihantar pulang dalam jumlah besar dengan kos ditanggung sendiri,termasuk kira-kira 3,000 hingga 4,000 warganegaranya kini ditempatkan di depoh imigresen Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Myanmar,Min Aung Hlaing sempena lawatan rasmi dua hari Malaysia di Kompleks Perdana Putra di sini,hari ini.

Mengulas lanjut,Datuk Seri Anwar berkata,berdasarkan pengalamannya,Myanmar antara negara yang menunjukkan kesediaan tinggi menerima semula rakyatnya dalam jumlah besar,termasuk menanggung sendiri kos penghantaran pulang.

“Anda juga menyatakan bahawa mereka yang masih berada di sini,tertakluk kepada rekod yang ada,akan dirundingkan selanjutnya oleh Kementerian Dalam Negeri bersama rakan sejawatnya.

“Anda bersedia menerima mereka mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Justeru,sebagai sebuah kerajaan,sudah tentu kami perlu merakamkan penghargaan,” katanya.

Katanya,proses pengesahan identiti dan semakan rekod jenayah serta rekod berkaitan perlu dilaksanakan terhadap individu terbabit mengikut peraturan dan prosedur ditetapkan.