
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA
PUTRAJAYA,8 Oktober – Malaysia dan Myanmar bersetuju memperkukuh hubungan dua hala dengan memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat,termasuk kerjasama dalam bidang perdagangan,pelaburan,pendidikan,agromakanan,tenaga,kesihatan dan pembangunan kapasiti.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut beliau,perkembangan itu membuktikan wujud ruang luas untuk Malaysia dan Myanmar memperluas lagi hubungan ekonomi serta kerjasama dua hala.
Dalam pada itu,Perdana Menteri turut menyambut baik pendekatan Min untuk mendengar pandangan dan melakukan penyesuaian yang diperlukan bagi memperkukuh hubungan dua hala.
Beliau berkata,Malaysia sentiasa mengambil pendekatan terbuka dan berterus terang dalam menyampaikan pandangan,pada masa sama menghormati hak Myanmar untuk menentukan mekanisme penyelesaian isu domestiknya.
“Sebagai pemimpin negara,mekanismenya sudah tentu terserah kepada anda. Tetapi saya mahu menegaskan kepentingannya,bahawa kita tidak pernah lari daripada tanggungjawab untuk menyatakan pandangan kita,” katanya.
Datuk Seri Anwar menyifatkan lawatan Min ke Malaysia sebagai penting bukan sahaja kepada hubungan dua hala,malah kepada kestabilan dan kerjasama serantau.
Katanya,Malaysia akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk memperkukuh hubungan dengan Myanmar,termasuk dalam konteks ASEAN.