
Elon Musk antara ketua-ketua syarikat kecerdasan buatan (AI) yang hadir pertemuan dengan Presiden Donald Trump di White House / Foto RTM
WASHINGTON,30 September – Ketua-ketua syarikat teknologi kecerdasan buatan (AI) termasuk Anthropic,Meta dan Google berikrar untuk memperkukuh langkah perlindungan dalam pembangunan AI.
RINGKASAN BERITA AI
−
Amodei dan Musk berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump di White House bagi membincangkan hala tuju AI.
Dalam pada itu,Trump berkata ketua-ketua syarikat AI yang hadir ke pertemuan berkenaan,menandantangani satu perjanjian bagi menyatakan komitmen mereka untuk melakukan kawal selia kendiri dalam pembangunan AI.
Komitmen itu katanya bersifat ‘mengikat dari segi moral’ tetapi tidak mempunyai kekuatan undang-undang.-AFP