Berita Destinasi

Siaran TV, radio dimohon bersederhana hormati pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Sep 28, 2026 IDOPRESS

Menteri Komunikasi,Datuk Seri Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,28 September – Semua syarikat televisyen dan radio dimohon agar menyederhanakan serta menyesuaikan siaran hari ini sebagai tanda penghormatan terhadap pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

RINGKASAN BERITA AI

−

Dalam hantaran di Facebook,beliau menyifatkan Allahyarhamah sebagai wanita yang sentiasa berdiri teguh di sisi Tun Dr Mahathir sepanjang perjalanan dan perjuangan beliau.

“Tun Dr Siti Hasmah adalah seorang wanita yang berdiri teguh di belakang seorang tokoh,menemani setiap langkah,setiap perjuangan,setiap jatuh dan bangun,dalam diam yang penuh pengorbanan,” katanya.

Beliau berkata,perjalanan Tun Dr Mahathir kini perlu diteruskan tanpa insan yang selama ini sentiasa berada di sisi beliau.

Fahmi turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir dan seluruh keluarga dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan itu,selain mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.