
Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump/ AFP
WASHINGTON,28 September – Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump menyatakan kesediaan untuk menjual senjata kepada Beijing,susulan kebimbangan terhadap penjualan senjata AS kepada Taiwan,kata Duta AS ke China dalam temu bual dengan Fox News yang disiarkan pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada Disember lalu,Washington meluluskan jualan senjata bernilai US$11.1 bilion (kira-kira RM46 bilion) kepada Taiwan dan merupakan jumlah terbesar sejak 1979.
Semasa lawatan ke Washington,Xi mengulangi gesaan supaya Trump lebih berhati-hati berhubung isu Taiwan,selain mendesak AS menentang usaha kemerdekaan Taiwan.
Pada Mei lalu,Trump mencadangkan pakej penjualan senjata kepada Taipei yang akan datang boleh dijadikan perkara rundingan dengan China,sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan Taiwan.-AFP