
Kebakaran besar di sebuah bengkel pengeluaran akibat serangan Rusia di wilayah Odesa,Ukraine/Foto AFP
KIEV,28 September – Siri serangan udara tentera Rusia membedil beberapa wilayah di Ukraine pada Ahad,mengorbankan sekurang-kurangnya lapan nyawa sehari selepas Moscow berikrar untuk meneruskan pencerobohan sehingga ke penghujungnya.
RINGKASAN BERITA AI
−
Di Odesa,bedilan turut merosakkan kawasan kediaman,premis perniagaan,hotel,fasiliti perubatan dan gudang simpanan bijirin.
“Sepanjang minggu lalu sahaja,Rusia melancarkan lebih 2,200 dron penceroboh,kira-kira 1,650 bom udara dan 38 peluru berpandu pelbagai jenis,” kata Zelensky menerusi kenyataan di media sosial.
Zelensky turut menolak dakwaan Moscow yang mendakwa sedia mengambil langkah eskalasi dalam rundingan bersama perwakilan Amerika Syarikat (AS),sambil menegaskan gelombang serangan dron ini membuktikan sebaliknya.
Di Moscow,Kementerian Pertahanan Rusia mengesahkan serangan itu dan mendakwa telah membedil pusat data syarikat telekomunikasi di Kiev yang didakwa menyediakan perkhidmatan kepada tentera Ukraine.
Selain itu,Rusia turut mendakwa telah menguasai kampung sempadan Khrypuny di wilayah Kharkiv.- AFP