Berita Destinasi

PN sahkan terima notis daripada RoS

Sep 24, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Takiyuddin Hassan/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,24 September – Perikatan Nasional (PN) mengesahkan telah menerima dua notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

RINGKASAN BERITA AI

−

RoS memaklumkan notis di bawah subseksyen 13(2) dikeluarkan pada 22 Sept dan PN diberikan tempoh munasabah untuk menjawabnya manakala perintah penggantungan juga telah dikeluarkan di bawah subseksyen 13(2A) Akta 832,yang menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa semalam.

Pada 11 Ogos,RoS mengesahkan menerima aduan rasmi daripada Bersatu berhubung dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai.

Jabatan itu memaklumkan aduan berkenaan turut menyentuh isu berkaitan kedudukan keanggotaan Bersatu dalam gabungan berkenaan.- BERNAMA