
Putera Harry berucap pada Clinton Global Initiative/ REUTERS
NEW YORK,24 September – Putera Harry menggesa syarikat kecerdasan buatan (AI) mengutamakan aspek keselamatan,ketelusan dan akauntabiliti dalam pembangunan teknologi itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Putera Harry turut menekankan risiko AI yang tidak dikawal,dengan merujuk kepada paparan imej kanak-kanak ketika beliau berucap.
Imej berkenaan berkait dengan Parents Network bawah Archewell Foundation,yang diasaskan Putera Harry dan Meghan Markle bagi menyokong ibu bapa kepada kanak-kanak yang terjejas akibat penggunaan media sosial.
“Ratusan menjadi ribuan,ribuan ibu bapa berkabung kehilangan anak mereka. Jutaan keluarga hidup dengan kesan revolusi digital yang bergerak lebih pantas daripada kesediaan kita untuk melindungi mereka,” katanya.
Putera Harry turut menggesa supaya inovasi AI dibangunkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak,bukan hanya segelintir syarikat yang mengumpulkan kekayaan.
Beliau menekankan kepentingan melibatkan golongan muda serta mereka yang mempunyai pengalaman secara langsung dalam proses membuat keputusan berkaitan pembangunan teknologi berkenaan.
“Jika kita tidak dapat membuktikan bahawa sempadan baharu ini cukup selamat untuk diterokai,kita tidak seharusnya berlumba-lumba merentasinya hanya kerana kita mampu berbuat demikian.
“Dua tahun lalu,saya membawa wajah-wajah ini kepada anda sebagai satu amaran. Saya benar-benar tidak mahu kembali dengan lebih banyak wajah. Jadi kali ini,marilah kita bertindak terlebih dahulu,” katanya.- REUTERS