
Gambar Hiasan Janaan AI
SINGAPURA,23 September – Syarikat gergasi media sosial,Meta,berjaya menyekat lebih 3.7 juta akaun,halaman serta kandungan yang dikaitkan dengan sindiket penipuan dalam talian (scam) sepanjang tahun ini hasil maklumat yang diberikan polis Singapura.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pengarah Penguatkuasaan Undang-Undang Meta bagi Asia Pasifik,Daryl Poon berkata penipu kerap mengambil kesempatan atas jurang maklumat antara pelbagai platform dan negara.
“Maklumat daripada pihak polis membantu kami mengesan ancaman yang tidak dapat dilihat secara bersendirian,membolehkan rangkaian penipuan ini ditumpaskan sebelum ia menyasar lebih ramai mangsa,” katanya sambil menambah model kerjasama itu akan diperluas ke seluruh rantau ini.
Sementara itu,Pengarah Dasar Awam Meta bagi Asia Tenggara,Clara Koh memberi amaran sindiket penipuan kini beroperasi secara berskala industri dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan profil palsu secara pukal,mereka cipta gambar dan menjana kod berniat jahat.
“Meta akan terus melabur dalam meningkatkan pertahanan platform bagi mengesan serta memadamkan kandungan penipuan dengan pantas sebelum ia dilihat oleh pengguna,” tegas beliau.