
Majlis pembukaan Sukan Asia di Nagoya/ AFP
NAGOYA,20 September – Amaran taufan menjadi antara faktor yang menjelaskan bilangan kehadiran penonton pada majlis pembukaan Sukan Asia di sini.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Jadi,persoalan yang sama turut ditanya kepada saya,apa akan berlaku sekiranya taufan datang? Sudah tentu ia boleh menjejaskan keadaan,” katanya kepada pemberita sambil memaklumkan lebih 70 peratus tiket telah terjual.
Bagaimanapun,angka itu berbeza dengan pengumuman di Stadium Olahraga Taman Mizuho yang menyatakan tiket majlis pembukaan telah habis dijual.
Tiada hujan berlaku sepanjang majlis pembukaan itu,manakala ribut yang beberapa hari sebelumnya dilihat berpotensi mengancam kelancaran temasya lebih memberi kesan di kawasan Tokyo.
Hujan lebat melanda Tokyo pada Ahad,lokasi yang turut menjadi tuan rumah beberapa acara Sukan Asia,khususnya renang. Cuaca basah turut diramalkan melanda Nagoya pada Ahad dan Isnin.- REUTERS