
Festival belalang di Oaxaca/ REUTERS
OAXACA,20 September – Puluhan peserta termasuk kanak-kanak dan orang dewasa menyertai Festival Belalang edisi keempat pada Sabtu,di sini bagi meraikan tradisi kulinari wilayah itu meskipun hasil tuaian serangga berkenaan susut dengan ketara.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Serangga itu bergantung kepada tumbuhan hijau,namun hasilnya sedikit susulan keadaan cuaca yang sangat panas. Jadi,keadaan menjadi lebih sukar dan jumlah belalang yang dikumpulkan juga sedikit berkurangan,” katanya.

Belalang yang ditangkap pada festival belalang/ REUTERS
Walaupun hasilnya berkurangan,peserta menyatakan bahawa serangga itu kaya dengan protein dan menjadi antara makanan tradisional penting dalam masakan Oaxaca.
Peserta dan penggemar belalang,Noemi Lopez berkata,serangga berkenaan merupakan hidangan keluarga yang dimakan sejak kecil lagi.
“Saya suka memakannya dan turut suka menangkapnya kerana ia mengingatkan saya ketika masih kecil. Sejak kecil,saya bersama ibu,ibu saudara dan keluarga yang lain sering pergi menangkap belalang.
“Sejak itu saya memang menyukainya dan saya menyediakannya dengan limau dan garam,serta dimasak bersama sos,” katanya.
Bagi Margarita Perez yang juga penggemar belalang,serangga itu disifatkan sebagai hidangan unik kerana mempunyai kandungan protein yang tinggi.
“Memakan taco belalang bersama sepinggan ‘guias’ ibarat memakan seketul daging kerana ia mengandungi banyak protein. Belalang juga mempunyai kandungan protein yang tinggi,” katanya.
Pengusaha belalang dari Mix Chapus,Rubi Perez menjual belalang yang telah disediakan dengan perencah bawang putih,limau dan cili,sekali gus memastikan tradisi itu terus dikenali.
“Sebagai contoh,kami membawa belalang yang dimasak dengan sos bawang putih,habanero,garam dan limau. Kami menghasilkan belalang dengan bawang putih dan limau,air cili serta beberapa variasi perisa lain,” katanya.- REUTERS